Wednesday 29 June 2011

Mee Hoon singapore

walla kengkawan...tuk menu simple arini adalah MEE HOON SPORE atau mee hoon putih laaa...kalo tuk bekpes atau menjamu kengkawan datang umah tu ok laa..sbb tuk masaknye sangat la sng..
bahan2 nye..
  • mee hoon direndam terlebih dulu
  • udang
  • fishball
  • carrot
  • daun kucai atau sawi
  • 1 kiub pati ayam
  • lada hitam ditumbuk mengikut kepedasan masing2
  • beberapa ulas bwg putih ditumbuk halus
Cara-caranya>>>panaskan minyak dan masukkan bwg putih yg ditumbuk tadi.Setelah naik bau masukkan udang, fishball,carrot dan lada hitam.Masukkan sedikit air. Setelah mendidih, masukkan sayur dan garam secukup rasa serta 1 kiub pati ayam. Kemudian masukkan mee hoon tersebut dan gaul rata.
Taraaanggg!!! ini lah die mee hoon spore ku....selamat mencuba dihujung minggu..:)

Thursday 23 June 2011

udang+kacang panjang masak lemak cili api

ellloooo....lamanye xupdate blog...hehhehee...sbb asyik terlupe je amik gambo..tup tap da siap jee...adehh..xpe xpe..kali ni masak udang+kcg panjang masak lemak cili api..Sebenanye nak campur ngan daun pegaga pun sedap... so bahan-bahan tuk menumbuk iaitu cili api (mengikut kepedasan masing-masing) kunyit hidup, bwg merah sikit sangat2 (sbg perasa je)..tumbuk sampai lumat dan serai hanya diketuk dan daun kunyit di koyak2 kan saja...:) upss luper...asam keping 1 shj.

cara-caranya>>> letak sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan yg ditumbuk tadi bersama serai, asam keping.kacau sebati dan kemudian tambahkan air dan masukkan udang dan kacang panjang tersebut..Renehkan sampai kelihatan masak..masukkan santan (saya guna santan kotak shj) dan daun kunyit. Setelah mendidih, masukkan garam dan sedikit aji kalo suka...haa, dah masak da pun..terus snap dlm periuk (mendidih lagi)sbb takot luper nanti nak amik pic...

mesti ada yang tertanya-tanya naper tak letak halia...halia kalo guna ayam...tunggu je la nanti resipi ayam masak lemak cili api e.....:) ADIOS



Sunday 29 May 2011

Nasi Jagung

Bahan-bahan tuk buat nasi jagung ni..
  1. Beras basmathi (3cawan)
  2. 1/2 tin susu cair
  3. 7 cawan air
  4. 2 sudu besar rempah beriani
  5. 1sudu besar gula
  6. Garam secukup rasa
  7. 1 tin jagung kering
Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis
>> 5ulas bwg merah, 3ulas bwg putih, sedikit halia
>> 3sudu besar minyak sapi dan 1 sudu besar minyak jagung
>> Bunga lawang, buah pelaga, kayu manis

CARA-CARANYA>> Beras dibasuh bersih dan masukkan air. Ketepikan.Panaskan minyak sapi dan minyak jagung dalam kuali. Masukkan semua bahan untuk menumis dan tumis sehingga naik bau. Kemudian letak rempah nasi beriani, jagung,susu cair, garam,gula dan gaul sehingga sebati. Kemudian alihkan ke periuk nasi dan tanak seperti biasa.Apabila mendidih gaul lagi sehingga rata. Kemudian guna teknik yg sama seperti nasi tomato. Apabila nasi lambat kering, kukuskan ia.Jangan lupa alas dengan aluminium foil ok..





Saturday 28 May 2011

Nasi Tomato+Ayam msk merah+Acar

Sebenarnya nk masak nasi tomato ni xler susah mana. Pd 27mei, sempena bday cuami ku...nanie pun masak la nasi tomato, ayam msk merah dan acar.Tidak ketinggalan, goreng papadom sbg makanan tuk ngap ngap..So bahan-bahan tuk masak nasi tomato ni..
  1. Beras basmathi
  2. Air (agak2)
  3. 1/2 tin susu cair
  4. kayu manis, bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga
  5. Minyak sapi
  6. Tomato puri, sos tomato, sos cili, cili boh
Cara-caranya >>> Terlebih dahulu beras basmathi itu dibasuh bersih dan dibiarkan dlm periuk nasi (tanpa air).Ketepikan. Masukkan bwg merah, bwg putih dan sedikit halia yang di kisar halus dan tumis. Masukkan 2sudu myk biasa dan 4sudu minyak sapi dan tumis sehingga naik bau. Kemudian masuk bwg merah dan bawang putih yang dihiris halus serta 4sudu tomato puri, susu cair, garam, gula, air. Masukkan juga kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis dan tumis...Kemudian, korang masukkan bahan yg ditumis tadi ke dalam periuk nasi dan jgn luper tekan suiz. Kalo air tak mencukupi, tambah sikit dan tambah garam lagi.Kalo xcukup merah, campurkan sos tomato puri dan kacau.TUTUP PERIUK. Bila korang check nasi tadi mcm terlebih air, jangan panik....Amik kukus yg dialas dgn aluminium foil dan masukkan nasi tomato tadi.Kukus sehingga kering. Ada yg suka nasi keras2 dan ada yg suka lembut sedikit (cuami saya la tu..hehhhee).

Ni la rupa nya Nasi Tomato. Sebagai hiasan, campurkan kismis dan taburkan sedikit bawang goreng. Sedia utk dihidang.






Ni plak ayam msk merah atau ayam masak tomato. Ayam tu digoreng seperti biasa dan ketepikan. Tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit halia. Serai hanya diketuk sahaja. Masukkan cili boh sikit, sos tomato dan sos cili.Garam, gula dan aji juga dicampurkan. Kalau nampak kering, letak la sedikit air.Nanie xleh nk bg sukatan nye sbb nanie pun agak2 jee..So korang rasa la yee..kalo leh biar rasa tomato tu lebih sikit.


Acar. Nak buat acar jenis ni senang jee...Potong campuran sepertimana yg korang suka contoh spt digambar iaitu carrot, timun dan nenas. Hiris bawang besar dan campurkan kesemua bahan tersebut dlm mangkuk. Letak sedikit cuka, garam dan gula. Masukkan juga air panas (agak2)dan gaul sehingga sebati. Kemudian dah leh makan daa..Senang kan..? Selamat mencuba semua..:)








Thursday 26 May 2011

Apam Polkedot (Versi2)

Haa kengkawan..Apam ni nanie buat pd 26Mei..Dapat resipi dari kakak sulung ku iaitu kak noor..Akak, memang terbaik laa...hehhhee...Apam versi ni memang nanie suka....Lembut sangat bila masak dan ngap....xcaya? korang cuba laa...

Bahan-bahan ;-
  1. 4biji telur (mesti sejuk>>means yg baru kluar dr peti ais)
  2. 250gm tepung gandum
  3. 2sudu besar ovallete
  4. 250gm gula
  5. 3sudu besar baking powder
  6. 100ml santan pekat (guna santan kotak je)
  7. 2sudu besar esen vanilla
  8. 2sudu besar oren paste (apa2 perasa la yg korang nk letak)
  9. Letak  la kalo nk filling blueberry ke, strawberry ke...

Ni la bahan-bahannya yg tersusun kemas...hehhhee

Masukkan semua bahan-bahan tersebut dan pukul sehingga kembang.Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit.Pastu letak la warna la ikut suka korang.
Masukkan dalam piping beg lagi mudah untuk pipe dlm cup yg comel-comel tu. Letak penuh2 cup.
Jangan lupa buat dot dot tu yee...guna berlainan color. Kemudian kukus selama 15 minit.

Ni la hasil nya slps kluar dr kukus.


Apam Polkedot (Versi1)

Asslam..ni versi apam yg 1st time nanie buat..Dapat resepi dr kakak angkat yg die ciplak dr internet..hmmm...Memang menjadi tapi....tidak lembut apabila masak..means apam tu ala2 padat wpun die naik dengan cantik dan gebunya. Tapi nanie tetap bg resipi tuk korang..manalah tau korang nk mencuba kan...
Bahan-bahan :-
  1. 3biji telur
  2. 2 1/2 cawan tepung gandum
  3. 1 1/2 cawan gula
  4. 2 sudu besar esen vanilla
  5. 1 tin susu cair
  6. 1 sudu besar ovalette
  7. 3 sudu besar baking powder
Putarkan kesemua bahan kecuali tepung dan baking powder. Guna high speed dan apabila nampak kembang, baru masukkan tepung dan baking powder. Kemudian kukus selama 15minit.
Oh ye, korang leh letak filling ape2 dlam tu k....

Wednesday 25 May 2011

Egg Tart

Hai gurlss...arini kita belajar tuk buat EGG TART k...utk pastrynya, bahan-bahan seperti :
  1. 125gm butter
  2. 63gm gula icing
  3. 250gm tepung gandum
  4. 1 biji kuning telur
  5. 1/2 suu esen vanila
  6. 1 sudu besar air suam

 
Campurkan semua bahan-bahan tersebut dan gaulkan sehingga sebati dan ketepikan sekejap.


Sementara menunggu pastry tu...buat inti telur tu...Bahan-bahan :-
a) 250ml air dan 125gm gula >>> direbus dan dibiarkan sejuk
Kemudian, campurkan 5 biji telur dan 1 sudu susu tepung. Kacau sehingga sebati. Ketepikan
Kemudian pastry tadi tu letak di acuan tart (xkira la saiznya samada besar atau kecil). Bakar pada suhu 180'c selama 25 minit atau sedikit keperangan2an.

Kemudian, keluarkan sekejap dan tuangkan inti telor tadi ke dalam pastry tersebut dan bakar lagi sehingga masak.



Ni la rupa egg tart bila da masak....So selamat mencuba k..Kalau nk lebihkan pastry tu, tambahkan bahan-bahan tersebut..