Saturday 28 May 2011

Nasi Tomato+Ayam msk merah+Acar

Sebenarnya nk masak nasi tomato ni xler susah mana. Pd 27mei, sempena bday cuami ku...nanie pun masak la nasi tomato, ayam msk merah dan acar.Tidak ketinggalan, goreng papadom sbg makanan tuk ngap ngap..So bahan-bahan tuk masak nasi tomato ni..
  1. Beras basmathi
  2. Air (agak2)
  3. 1/2 tin susu cair
  4. kayu manis, bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga
  5. Minyak sapi
  6. Tomato puri, sos tomato, sos cili, cili boh
Cara-caranya >>> Terlebih dahulu beras basmathi itu dibasuh bersih dan dibiarkan dlm periuk nasi (tanpa air).Ketepikan. Masukkan bwg merah, bwg putih dan sedikit halia yang di kisar halus dan tumis. Masukkan 2sudu myk biasa dan 4sudu minyak sapi dan tumis sehingga naik bau. Kemudian masuk bwg merah dan bawang putih yang dihiris halus serta 4sudu tomato puri, susu cair, garam, gula, air. Masukkan juga kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis dan tumis...Kemudian, korang masukkan bahan yg ditumis tadi ke dalam periuk nasi dan jgn luper tekan suiz. Kalo air tak mencukupi, tambah sikit dan tambah garam lagi.Kalo xcukup merah, campurkan sos tomato puri dan kacau.TUTUP PERIUK. Bila korang check nasi tadi mcm terlebih air, jangan panik....Amik kukus yg dialas dgn aluminium foil dan masukkan nasi tomato tadi.Kukus sehingga kering. Ada yg suka nasi keras2 dan ada yg suka lembut sedikit (cuami saya la tu..hehhhee).

Ni la rupa nya Nasi Tomato. Sebagai hiasan, campurkan kismis dan taburkan sedikit bawang goreng. Sedia utk dihidang.






Ni plak ayam msk merah atau ayam masak tomato. Ayam tu digoreng seperti biasa dan ketepikan. Tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit halia. Serai hanya diketuk sahaja. Masukkan cili boh sikit, sos tomato dan sos cili.Garam, gula dan aji juga dicampurkan. Kalau nampak kering, letak la sedikit air.Nanie xleh nk bg sukatan nye sbb nanie pun agak2 jee..So korang rasa la yee..kalo leh biar rasa tomato tu lebih sikit.


Acar. Nak buat acar jenis ni senang jee...Potong campuran sepertimana yg korang suka contoh spt digambar iaitu carrot, timun dan nenas. Hiris bawang besar dan campurkan kesemua bahan tersebut dlm mangkuk. Letak sedikit cuka, garam dan gula. Masukkan juga air panas (agak2)dan gaul sehingga sebati. Kemudian dah leh makan daa..Senang kan..? Selamat mencuba semua..:)








No comments:

Post a Comment