Wednesday 29 June 2011

Mee Hoon singapore

walla kengkawan...tuk menu simple arini adalah MEE HOON SPORE atau mee hoon putih laaa...kalo tuk bekpes atau menjamu kengkawan datang umah tu ok laa..sbb tuk masaknye sangat la sng..
bahan2 nye..
  • mee hoon direndam terlebih dulu
  • udang
  • fishball
  • carrot
  • daun kucai atau sawi
  • 1 kiub pati ayam
  • lada hitam ditumbuk mengikut kepedasan masing2
  • beberapa ulas bwg putih ditumbuk halus
Cara-caranya>>>panaskan minyak dan masukkan bwg putih yg ditumbuk tadi.Setelah naik bau masukkan udang, fishball,carrot dan lada hitam.Masukkan sedikit air. Setelah mendidih, masukkan sayur dan garam secukup rasa serta 1 kiub pati ayam. Kemudian masukkan mee hoon tersebut dan gaul rata.
Taraaanggg!!! ini lah die mee hoon spore ku....selamat mencuba dihujung minggu..:)

Thursday 23 June 2011

udang+kacang panjang masak lemak cili api

ellloooo....lamanye xupdate blog...hehhehee...sbb asyik terlupe je amik gambo..tup tap da siap jee...adehh..xpe xpe..kali ni masak udang+kcg panjang masak lemak cili api..Sebenanye nak campur ngan daun pegaga pun sedap... so bahan-bahan tuk menumbuk iaitu cili api (mengikut kepedasan masing-masing) kunyit hidup, bwg merah sikit sangat2 (sbg perasa je)..tumbuk sampai lumat dan serai hanya diketuk dan daun kunyit di koyak2 kan saja...:) upss luper...asam keping 1 shj.

cara-caranya>>> letak sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan yg ditumbuk tadi bersama serai, asam keping.kacau sebati dan kemudian tambahkan air dan masukkan udang dan kacang panjang tersebut..Renehkan sampai kelihatan masak..masukkan santan (saya guna santan kotak shj) dan daun kunyit. Setelah mendidih, masukkan garam dan sedikit aji kalo suka...haa, dah masak da pun..terus snap dlm periuk (mendidih lagi)sbb takot luper nanti nak amik pic...

mesti ada yang tertanya-tanya naper tak letak halia...halia kalo guna ayam...tunggu je la nanti resipi ayam masak lemak cili api e.....:) ADIOS



Sunday 29 May 2011

Nasi Jagung

Bahan-bahan tuk buat nasi jagung ni..
  1. Beras basmathi (3cawan)
  2. 1/2 tin susu cair
  3. 7 cawan air
  4. 2 sudu besar rempah beriani
  5. 1sudu besar gula
  6. Garam secukup rasa
  7. 1 tin jagung kering
Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis
>> 5ulas bwg merah, 3ulas bwg putih, sedikit halia
>> 3sudu besar minyak sapi dan 1 sudu besar minyak jagung
>> Bunga lawang, buah pelaga, kayu manis

CARA-CARANYA>> Beras dibasuh bersih dan masukkan air. Ketepikan.Panaskan minyak sapi dan minyak jagung dalam kuali. Masukkan semua bahan untuk menumis dan tumis sehingga naik bau. Kemudian letak rempah nasi beriani, jagung,susu cair, garam,gula dan gaul sehingga sebati. Kemudian alihkan ke periuk nasi dan tanak seperti biasa.Apabila mendidih gaul lagi sehingga rata. Kemudian guna teknik yg sama seperti nasi tomato. Apabila nasi lambat kering, kukuskan ia.Jangan lupa alas dengan aluminium foil ok..





Saturday 28 May 2011

Nasi Tomato+Ayam msk merah+Acar

Sebenarnya nk masak nasi tomato ni xler susah mana. Pd 27mei, sempena bday cuami ku...nanie pun masak la nasi tomato, ayam msk merah dan acar.Tidak ketinggalan, goreng papadom sbg makanan tuk ngap ngap..So bahan-bahan tuk masak nasi tomato ni..
  1. Beras basmathi
  2. Air (agak2)
  3. 1/2 tin susu cair
  4. kayu manis, bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga
  5. Minyak sapi
  6. Tomato puri, sos tomato, sos cili, cili boh
Cara-caranya >>> Terlebih dahulu beras basmathi itu dibasuh bersih dan dibiarkan dlm periuk nasi (tanpa air).Ketepikan. Masukkan bwg merah, bwg putih dan sedikit halia yang di kisar halus dan tumis. Masukkan 2sudu myk biasa dan 4sudu minyak sapi dan tumis sehingga naik bau. Kemudian masuk bwg merah dan bawang putih yang dihiris halus serta 4sudu tomato puri, susu cair, garam, gula, air. Masukkan juga kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis dan tumis...Kemudian, korang masukkan bahan yg ditumis tadi ke dalam periuk nasi dan jgn luper tekan suiz. Kalo air tak mencukupi, tambah sikit dan tambah garam lagi.Kalo xcukup merah, campurkan sos tomato puri dan kacau.TUTUP PERIUK. Bila korang check nasi tadi mcm terlebih air, jangan panik....Amik kukus yg dialas dgn aluminium foil dan masukkan nasi tomato tadi.Kukus sehingga kering. Ada yg suka nasi keras2 dan ada yg suka lembut sedikit (cuami saya la tu..hehhhee).

Ni la rupa nya Nasi Tomato. Sebagai hiasan, campurkan kismis dan taburkan sedikit bawang goreng. Sedia utk dihidang.






Ni plak ayam msk merah atau ayam masak tomato. Ayam tu digoreng seperti biasa dan ketepikan. Tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit halia. Serai hanya diketuk sahaja. Masukkan cili boh sikit, sos tomato dan sos cili.Garam, gula dan aji juga dicampurkan. Kalau nampak kering, letak la sedikit air.Nanie xleh nk bg sukatan nye sbb nanie pun agak2 jee..So korang rasa la yee..kalo leh biar rasa tomato tu lebih sikit.


Acar. Nak buat acar jenis ni senang jee...Potong campuran sepertimana yg korang suka contoh spt digambar iaitu carrot, timun dan nenas. Hiris bawang besar dan campurkan kesemua bahan tersebut dlm mangkuk. Letak sedikit cuka, garam dan gula. Masukkan juga air panas (agak2)dan gaul sehingga sebati. Kemudian dah leh makan daa..Senang kan..? Selamat mencuba semua..:)








Thursday 26 May 2011

Apam Polkedot (Versi2)

Haa kengkawan..Apam ni nanie buat pd 26Mei..Dapat resipi dari kakak sulung ku iaitu kak noor..Akak, memang terbaik laa...hehhhee...Apam versi ni memang nanie suka....Lembut sangat bila masak dan ngap....xcaya? korang cuba laa...

Bahan-bahan ;-
  1. 4biji telur (mesti sejuk>>means yg baru kluar dr peti ais)
  2. 250gm tepung gandum
  3. 2sudu besar ovallete
  4. 250gm gula
  5. 3sudu besar baking powder
  6. 100ml santan pekat (guna santan kotak je)
  7. 2sudu besar esen vanilla
  8. 2sudu besar oren paste (apa2 perasa la yg korang nk letak)
  9. Letak  la kalo nk filling blueberry ke, strawberry ke...

Ni la bahan-bahannya yg tersusun kemas...hehhhee

Masukkan semua bahan-bahan tersebut dan pukul sehingga kembang.Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit.Pastu letak la warna la ikut suka korang.
Masukkan dalam piping beg lagi mudah untuk pipe dlm cup yg comel-comel tu. Letak penuh2 cup.
Jangan lupa buat dot dot tu yee...guna berlainan color. Kemudian kukus selama 15 minit.

Ni la hasil nya slps kluar dr kukus.


Apam Polkedot (Versi1)

Asslam..ni versi apam yg 1st time nanie buat..Dapat resepi dr kakak angkat yg die ciplak dr internet..hmmm...Memang menjadi tapi....tidak lembut apabila masak..means apam tu ala2 padat wpun die naik dengan cantik dan gebunya. Tapi nanie tetap bg resipi tuk korang..manalah tau korang nk mencuba kan...
Bahan-bahan :-
  1. 3biji telur
  2. 2 1/2 cawan tepung gandum
  3. 1 1/2 cawan gula
  4. 2 sudu besar esen vanilla
  5. 1 tin susu cair
  6. 1 sudu besar ovalette
  7. 3 sudu besar baking powder
Putarkan kesemua bahan kecuali tepung dan baking powder. Guna high speed dan apabila nampak kembang, baru masukkan tepung dan baking powder. Kemudian kukus selama 15minit.
Oh ye, korang leh letak filling ape2 dlam tu k....

Wednesday 25 May 2011

Egg Tart

Hai gurlss...arini kita belajar tuk buat EGG TART k...utk pastrynya, bahan-bahan seperti :
  1. 125gm butter
  2. 63gm gula icing
  3. 250gm tepung gandum
  4. 1 biji kuning telur
  5. 1/2 suu esen vanila
  6. 1 sudu besar air suam

 
Campurkan semua bahan-bahan tersebut dan gaulkan sehingga sebati dan ketepikan sekejap.


Sementara menunggu pastry tu...buat inti telur tu...Bahan-bahan :-
a) 250ml air dan 125gm gula >>> direbus dan dibiarkan sejuk
Kemudian, campurkan 5 biji telur dan 1 sudu susu tepung. Kacau sehingga sebati. Ketepikan
Kemudian pastry tadi tu letak di acuan tart (xkira la saiznya samada besar atau kecil). Bakar pada suhu 180'c selama 25 minit atau sedikit keperangan2an.

Kemudian, keluarkan sekejap dan tuangkan inti telor tadi ke dalam pastry tersebut dan bakar lagi sehingga masak.



Ni la rupa egg tart bila da masak....So selamat mencuba k..Kalau nk lebihkan pastry tu, tambahkan bahan-bahan tersebut..

Sunday 22 May 2011

VANILLA Ice cream

Nak buat ice cream ni mmg senang bahan2nya tapi leceh sikit sebab kena menunggu..Tapi xpee..tunggu pun tunggu laa janji hasilnya best best...
Bahan-bahannya :-
  1. 5 sudu besar gula pasir
  2. 1 tin susu cair
  3. 1 sudu besar ovallete
  4. 1 biji telur 
  5. 2 sudu esen vanilla (letak perasa apa2 pun boleh)
  6. 2 sudu susu tepung
  7. Hiasan : choc rice ke, choc chip, oreo dan lain2
Cara-caranya senang je>>>Masukkan semua bahan kecuali susu tepung. Putarkan guna high speed mixer anda.sehingga kembang dan gebu2..Lebih kurang dlm 5minit laa...
Kemudian masukkan dlm freezer selama 1/2 jam...huh! lama nya nk tunggu..leh sempat baca novel lagi....bila ice cream tu nampak beku sikit, keluarkan dan putar lagi mcm tadi, guna high speed...Simpan lagi dlm freezer, pastu kluarkan dan putar..Ulang la sampai 3 atau 4 kali...
Setelah puas menunggu.....AKHIRNYA ice cream sudah ready utk dimakan tp sebelum masuk dlm tupperware, jgn luper campurkan susu tepung tadi dan bahan2 sampingan seperti choc rice...Seperti gambar di bawah...Masukkan kembali ke dalam freezer dan kemudian boleh laa makan dan makan....
Senang tak? Best kan kalo kita leh buat semua2 nii..Anak2 pun xperlu la terkinja2 nk suh mintak beli ice cream lagi....hehhehee..dulu zaman nanie kecik, pernah buat ice cream yg jual 20sen tu..ape ek nama nye...ice cream batang ke..hahhahaha..xpe la yg penting korang tau apa yg nanie maksudkan....ADIOS

Saturday 21 May 2011

Cream puff

Resipi cream puff ni nanie dapat dr kakak..so cuba laa sbb dulu pernah buat ikut resipi internet tp xbrape sedap..so bila cuba yg nii, mmg sedap dan lembut.
Bahan-bahan seperti di atas:
  1. 130gm tepung gandum
  2. 100gm butter
  3. 300ml air
  4. 4 biji telur
  5. Garam setengah sudu kecil
Cara-caranya>>> butter dan air letak dlm periuk, rebus sehingga mendidih. Apabila mendidih, padamkan api, angkat. Masukkan garam, kemudian terus masukkan tepung dan kacau hingga likat mcm gambar dibawah

Bila da agak2 suam..pecahkan telur dan pukul sehingga rata (terlupa amik pic laa..)Kemudian masukkan dalam piping beg.
Lepas tu korang gunting sikit depan muncung piping beg tu (jgn la terlalu kecil-sederhana je) dan pipe la ikut bentuk yg korang nak samada bulat atau memanjang. Letak dlm loyang yang dialas dengan aluminium foil.SEBAB, kalu xalas dengan AF tu, nanti cream puff akn melekat di loyang.Senang cerita payah la nk tanggal nanti.
Bakar dalam 30minit ataupun sehingga nampak da masak.Macam dlm pic yg bawah nii..:)
Untuk inti cream puff nii, kalo nk senang korang guna je instant custard ataupun kaya. Kalo instant custard tu, pi je beli kat kedai kek dan bancuh dengan fresh milk+air suam sikit..Belah tengah2 cream puff nii dan masukkan inti tersebut.
So selamat mencuba yee...Menu yg simple tuk kids makan..

Friday 20 May 2011

Nangka masak lada hitam

arini wpun still lg demam2...tp tetap bangun tuk masak...huhuhuu..so menu arini nangka masak lada hitam.Bahan2nya mestila nangka muda, santan,lada hitam tu agak2 korang la kalo nk pedas2 sikit letak la lebih..Lada hitam tu tumbuk yee, bawang besar ditumbuk dan ikan bilis...
Cara-caranya :-
  1. Nangka tu rebus sampai agak lembut sikit.
  2. Bila da lembut, masukkan semua bahan2 kat atas tu..
  3. Kemudian masukkan garam dan letak la aji sikit (jgn byk2)
  4. Pastu da leh makan daaa....
 Sebenarnya masak nangka nii korang leh campur dengan ikan masin gak..Tapi xelok tuk org darah tinggi sebab terlalu masin. Dan masak siput pun leh cuba masak lemak lada hitam nii..Biasanya kita masak lemak cili api tuk siput kan, tapi tukar lah cara ni plak..Bila da tinggal sikit baru teringat nk upload pic nangka yg da masak nii..hehhe..
Selamat mencuba kawan-kawan :)

Thursday 19 May 2011

Labu masak lemak bersama pucuk manis

Kawan-kawan..arini nanie masak labu masak lemak pucuk manis...xperlu kita menumis bagai sbb nanti berminyak..elok tuk kids makan dan sangat simple tuk korang masak. Bahan2 nye mcm biasa la, labu, pucuk manis, bwg besar dihiris, ikan bilis+udang kering (agak2) ditumbuk jgn terlalu lumat dan santan.Nanie gunakan santan kotak je brand MS ni..cepat dan mudah..huhuuu
Cara-caranya;-
  1. labu, ikan bilis, udang kering dan bwg yg dihiris tu masuk dlm periuk yg diisi air. Biar sampai labu tu lembut sedikit.
  2. kemudian, masukkan santan dan pucuk manis tersebut.Santan jgn terlalu pekat dan jgn terlalu cair.Korang agak2 la ye..
  3. letak garam dan apabila labu tu sudah lembut sepenuhnya...dah boleh angkat daa..
  4. (kalu korang nk letak cili merah pun boleh..belah 2 je then masukkan dlm periuk tu..tapi nanie xmasukkan takut terasa pedas sbb ank2 nk makan kan..
 So ni lah cara yg paling ringkas tuk masak lemak labu bersama pucuk manis..